Homestay kami adalah sebuah rumah kos rendah 2 tingkat yang terletak 2 minit perjalanan ke pekan Merlimau dan 30 minit perjalanan ke Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah. Beralamat seperti berikut :-



J4798 TAMAN MERLIMAU BARU 77300 MERLIMAU MELAKA

Antara kemudahan yang disediakan termasuklah :-

1) 2 bilik tidur dilengakapi dengan 4 katil single dan sebuah katil besar (queen).Toto juga disediakan.

2) Ruang tamu dengan set televisyen

3) Ruang dapur yang dilengkapi dengan peti sejuk , cerek elektrik , pembakar roti

4)Juga menyediakan set pinggan mangkuk utk kegunaan penyewa

Kadar sewaan kami adalah seperti berikut :

RM 100 /(SEMALAM)


Waktu check-in : Jam 12.00 ptg

Waktu check-out : Jam 12.00 ptg

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi : - HP. : Anuar 0196143262 /019 6865825

Emel : abssebatu@gmail.com

Monday, February 14, 2011

MAKAM TUN TEJA MERLIMAU

Makam yang terletak di Kampung Pengkalan Samak Merlimau ini dipercayai makam Tun Teja Ratna Benggala anak kepada Seri Amar Diraja Bendahara, Pahang (Inderapura). Tun Teja ialah isteri kepada Sultan Mahmud Syah (1458-1511) apabila Melaka ditawan olen Portugis pada tahun 1511 baginda telah berundur ke Bentayan (Muar), semasa pengunduran inilah Tun Teja yang ketika itu sedang gering dan mangkat. Jasadnya dipercayai dimakamkan di sini dengan penuh adat istiadat. Tun Teja bukan sahaja seorang wanita yang jelita dan berhemah tinggi bahkan seorang isteri yang setia serta disayangi oleh Sultan dan telah menumpukan sepenuh ketaatsetiaan kepada negeri ini. Beliau juga telah membangkitkan semangat kepahlawanan dikalangan wanita Melayu negeri ini untuk turut sama mempertahankan negeri ini dari serangan Portugis, segala jasa dan pengorbanan beliau akan tetap dikenang buat selamanya.

No comments: